Minggu lepas ada kesempatan menjenguk ke kebun sawit. Sementelahan cuti sekolah, anak dan anak buah diajak bersama untuk sama – sama berkebun. Kelapa sawit telah ditanam sepenuhnya, tinggal lagi menanam pisang sementara sawit mengeluarkan hasil. Pembajaan yang pertama kali selepas tanam juga perlu dilakukan. Meracun dan merumpai juga perlu dilakukan. Adooii yaii banyak juga yang perlu dilakukan. Apa pun kesabaran amat penting di dalam mengerjakan kebun. Itu tidak termasuk cakap – cakap orang yang boleh meruntuhkan terus sisa – sisa semangat yang masih ada. Apa pun sebagai seorang Muslim, aku hanya bergantung kepada Allah Taala selepas segala usaha dilakukan. Tidak sesekali aku menyesal dan mengeluh dengan pilihan yang telah dibuat. Usaha akan kuteruskan sehingga lah kejayaan yang ku gapai nanti, InsyaAllah.
Semangat makin membara selepas melihat apa yang dipelajari berjaya dipraktikkan. Itu belum lagi mendapat hasilnya. Bagi tanaman pisang, ini merupakan kali yang ke –2 aku mengusahakannya. Kali pertama dulu tak banyak, dalam 2 ekar sahaja. InsyaAllah , kali ini dalam 6 ekar pula.
Kalau ikutkan semangat menulis, banyak yang ingin diperkatakan di blog ini. Banyak “tesit” yang masih tersimpan di dalam kepala hotak aku ni yang masih belum keluar. Ia merangkumi segala aspek kehidupan, cuma masa belum sesuai agaknya. InsyaAllah pada satu hari nanti, semua itu akan tertulis juga di blog ini. Wassalam.
salam,
ReplyDelete2 ekar dpt brp lah?
politik pluralisme
2 ekar boleh tanam 120 pokok, hasil lebih kurang 1 tan seekar
ReplyDeletebrader...
ReplyDeletesy ada 10 ekar tanah kosong..
bleh JV ker tanam pisang nih..