Pertanian Juga Satu Ibadah

Didalam mengejar pembangunan dan kemajuan, bidang pertanian jangan lah terus dilupakan kerana ia merupakan sumber utama makanan negara. Kelemahan kita (empunya diri) adalah kerana malas, tidak berilmu dan terlalu cepat putus asa. Dengan harapan untuk memartabatkan lagi bidang ini, perkongsian yang bijak mengenai ilmu dan pengalaman serta sumber dalam bidang pertanian amat dialu-alukan supaya masyarakat pertanian menjadi lebih berilmu dan mendapat hasil yang lebih baik

Friday, August 19, 2011

Bayangan Hasil!

Sejuk rasanya hati apabila melihat buah sawit telah mula keluar mendiami tandan-tandan kecilnya satu persatu daripada pelepah pokoknya. Jika dikira pada umurnya, alhamdulillah semua pokok ini mengikut seperti dalam jadual yang telah direncanakan. Dengan baja yang cukup,kawalan rumpai yang ok, jumlah hujan yang bagus dan tanpa gangguan makhluk perosak lain,ini lah bayangan hasil yang akan diperolehi sedikit masa lagi insha Allah.
Pemandangan daripada Bukit Tengah@ Bukit 2 daripada 3 bukit. Semangat tu!Pisang pun dah keluarkan jantungnya.

Bunga - bunga cinta yang telah keluar dan membentuk buah..Alhamdulillah.

Walaupun kebunnya tidak lah seluas mana (6 ekar) tetapi insha Allah, dapat juga memberikan hasil yang boleh sedikit sebanyak membantu dalam urusan kehidupan harian. Dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan agak tinggi, pelbagai cabaran yang ditempuhi sebelum boleh mancapai ke tahap ini. Insha Allah,mudah - mudahan dengan izin Allah s.w.t. dalam masa terdekat, dapat di tambah lagi keluasan kebun sawit ini. Mudah - mudahan dipermudahkan oleh Allah dalam segala urusanku. Dengan keluarnya bunga dan kehijauan pokok kelapa sawit ini, sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada para pengkritik yang selama ini mengkritik dengan lantang tentang apa yang aku lakukan.Bagi orang kampung aku, kalau buat kebun sawit , nanti akan kerugian! Bagi diaorang, lebih elok buat kebun getah saja, senang nak diuruskan kata mereka. Bagi aku, falsafahnya cukup mudah "Anda Berusaha - Anda Berjaya " @ Manjadda Wa jada.
Semangat makin membara bila melihat buah ini walopun hanya sebiji satu tandan!





Monday, August 15, 2011

Puasa : Bulan Yang Penuh Keberkatan

Syukur pada Allah s.w.t. kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati keberkatan Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah, kebun pun sudah menampakkan tanda-tanda untuk mengeluarkan hasil. Walaupun baru berusia 11 bulan pada hari raya ini,(daripada masa penanaman), terdapat beberapa pokok yang mengeluarkan bunga dan berbuah. Perkara ini disedari pada bulan Julai yang lalu. Awal  bulan ini menunjukkan makin banyak pokok yang galak mengeluarkan bunga. Ada yang lebih daripada satu tandan dan ada yang telah menjadi buah. Nampaknya tidak sia - sia lah mendapatkan diploma dengan menghabiskan ribuan ringgit serta menanam semangat yang tinggi untuk menjayakan kebun ini. Jika dilihat kepada keadaan ini, tidak mustahil tidak sampai setahun lagi hasil yang pertama akan dapat dituai. Sebelum itu, buah yang keluar tadi perlu lah dibuang terlebih dahulu (ablation) untuk menggalakan lebih banyak dan lebih besar buah yang keluar. Betul lah kata bidalan berbudi pada tanah, anda akan dapat hasilnya!  - 2Be sambung

Thursday, June 2, 2011

Kerepek Masri Sekinchan - Usahawan Contoh

Bahulu dan Makanan Ringan MASRI  (dijamin tidak berat!)
 Pada suatu hari tu, dalam perjalanan balik menjalankan tugas di Sabak Bernam, Selangor, gue ada singgah di kedai menjual kerepek di Sekinchan ni. Ini lah kedai kerepek yang menjadi pilihan ramai peserta kursus yang berkursus di Sabak Bernam, Selangor, khususnya di Institut Perakaunan Negara. Kalau dari Kuala Lumpur ke Sekinchan ni lebih kurang 100 km. Kedai ini terletak dekat dengan Balai Bomba Sekinchan menghala ke Kuala Lumpur. Kat kedai ini semua jenis makanan ringan tradisional ada dijual. Serba aneka kerepek pisang ( pisang tanduk dan tak tanduk!), kerepek ubi (ubi kayu, keladi dan lain-lain ubi), biskut2 tradisional (telur)...alah pendek kata segala macam benda yang korang ndak semua ada la.  Harganya pulak berpatutan beb...siap ada diskaun lepas tu dikasinya pula ole-ole untuk dimakan dalam perjalanan...tu yang special tu. Setakat ni layanan yang diberikan adalah yang terbaik. Tak pernah rasanya jurujual dia lupa bagi ole-ole selepas pembayaran dibuat! Mungkin itu lah yang membawa kepada keberkatan rezeki mereka. Gue juga salute  spring kepada Masri and the crew sebab sentiasa melayan karenah pembeli dengan senyuman! Gue minta kebenaran daripada Penolong Pengurus (Wan Suhaida) nak snap gambar2 ni, dengan ramah beliau berkata "silakan!silakan". TQVM Wan. So..Lu all layan la ape yang gue snap kat bawah ni.
Kedai Kerepek Masri - dolu-dolu.




Ini bangunan kedai lama dia, sekarang dah convert jadi production line saja. Dulu kat sini la tempat production dan juga jualan.
Blok Bangunan Lama (kiri) dan bangunan baru (kanan)
Ha...nampak tak kat mana dia pindah? Sekali kat sebelah saja daaa! Dengan bangunan yang lebih besar, lebih banyak ruang dan dah tentu lebih keselesaan kepada semua pihak. Gue tanya sama pekerja tu, bangunan sendiri ka sewa ka? Dia kata bangunan sendiri! Wah...satu kemajuan...gue tumpang bangga dengan kejayaan usahawan ni. Gue menyedari kewujudan Masri ni sejak gue diarahkan bertugas di Sabak Bernam sejak 2003 lagi. Sebenarnya Masri dah ada satu lagi bangunan kilang di seberang jalan yang bertentangan (menuju Sabak Bernam) lebih kurang jugak besarnya. Gue tak sempat menskodeng bangunan tersebut kerana telah menghala ke KL. Dan kalau tak silap dekat Kuala Selangor depa ada satu cawangan yakni di depan SMKA Kuala Selangor.
Susun atur yang agak menarik



Boleh cuba try test siap dengan minum sekali. kalo tak malu, sampai kenyang pun boleh!!!


Melinjau - ape ke bende? Sedap beb, walopun mula-mula rasanya pahit!
Deretan kerepek pisang, kerepek ubi, keladi,,rempeyek,biskut telor dan macam2 lagi lah...rambang mata beb!
Ha...sape kata orang kita tak bole buat produk setanding orang luar? Murah pulak tu!
So, apa lagi korang? Jika berminat boleh la serbu sekarang sementara stok masih ada.Musim raya pun dah tak lama lagi kan? Gue difahamkan jika pada musim perayaan memang depa sibuk tahap gaban la.Apa kepentingan gue kasi promote kedai ni? Kalau barang bagus, baik, apa salahnya kita promosi kan? Ape? Komisen? Ha ha ha yang tu nanti gue deal dengan Masri la...cuma pastikan bila Lu all beli mesti kasi tau yang Lu all di promote oleh pisangMalaysia he he he...Gue promote Masri sebab dia ada kene mengena dengan pisang...har har har..
Sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Boleh jugak Lu all pergi jenguk blog Masri ni di www.mhp2020.blogspot.com. Mana la tau kan ...kot kot bertemu jodoh di Sekinchan!
Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya!



Wednesday, June 1, 2011

Ke Mana Gue Menghilang?

Salam Sejahtera ke atas Semua..

Lama benar gue tak update blog ni..Dah bermacam komen daripada rakan taulan yang diterima. Maaf ler..kesempatan tidak dapat digunakan sepenuhnya..Terdapat beberapa projek yang memerlukan komitmen yang tinggi lantas membataskan komitmen kepada blog ini. Tak kurang juga yang komen berkenaan pegangan politik gue.  Sebab kebanyakan link di blog ini menjurus kepada parti tertentu... Buat pengunjung dan handai taulan...bagi gue pegangan politik seseorang itu adalah hak peribadi beliau...sama macam gue..gue hormat orang punya pandangan, kalo orang lain nak hormat atau tidak gue punya pandangan , itu lu punya hal...gue tak kisah pun. Gue tak kata apa yang gue kata itu terbaik dan apa yang orang lain kata itu tidak baik. kita ini makhluk, sudah tentu kita masih memerlukan antara satu sama lain. Tetapi daripada sudut pandangan, sudah tentu lah kita akan berbeza yang mana perbezaan itu boleh mewujudkan sesuatu yang positif atau negatif. Paling penting, cuba lihat daripada sudut yang menguntungkan kita semua.

Secara analoginya, gue berpandangan kereta keluaran syarikat A lebih bagus daripada syarikat B.Ada orang berpandangan kereta keluaran syarikat B lebih bagus daripada syarikat A.Sudah tentu pendapat gue tentang kereta yang gue gunakan daripada syarikat A berbeza dengan pandangan orang yang menggunakan kereta keluaran syarikat B.  Perlukah gue mempengaruhi orang supaya membeli kereta keluaran syarikat A?atau perlukan orang lain mempengaruhi gue untuk membeli kereta keluaran syarikat B? Apa yang gue katakan tentang kereta keluaran syarikat A itu kan cuma pandangan, sama dengan orang yang memberi pandangan tentang kebaikan kereta keluaran syarikat B. Jadi, gunakan lah kewarasan dan ilmu masing-masing di dalam membuat keputusan atas sesuatu perkara. Tidak ada gunanya bertegang leher, bertelagah dek kerana menegakkan pendapat masing-masing kerana kebenaran akan muncul jua pada suatu masa. Kecuali bagi perkara - perkara yang memang sudah diputuskan syarak.Itu memang tidak ada kompromi lagi.

Jadi, siapapunn pun kita dan  apa pun pandangan kita , yang penting ketaatan kita kepada perintah Yang Maha Pencipta..kerana kita ini cuma hambaNya..


Pesanan ini buat diriku jua...permisi....



Friday, December 17, 2010

Melentur Buluh Daripada Rebung

Salam Sejahtera…
Minggu lepas ada kesempatan menjenguk ke kebun sawit. Sementelahan cuti sekolah, anak dan anak  buah diajak bersama untuk sama – sama berkebun. Kelapa sawit telah ditanam sepenuhnya, tinggal lagi menanam pisang sementara sawit mengeluarkan hasil. Pembajaan yang pertama kali selepas tanam juga perlu dilakukan. Meracun dan merumpai juga perlu dilakukan. Adooii yaii banyak juga yang perlu dilakukan. Apa pun kesabaran amat penting di dalam mengerjakan kebun. Itu tidak termasuk cakap – cakap orang yang boleh meruntuhkan terus sisa – sisa semangat yang masih ada. Apa pun sebagai seorang Muslim, aku hanya bergantung kepada Allah Taala selepas segala usaha dilakukan. Tidak sesekali aku menyesal dan mengeluh dengan pilihan yang telah dibuat. Usaha akan kuteruskan sehingga lah kejayaan yang ku gapai nanti, InsyaAllah.
 AdamSafiq
Semangat makin membara selepas melihat apa yang dipelajari berjaya dipraktikkan. Itu belum lagi mendapat hasilnya. Bagi tanaman pisang, ini merupakan kali yang ke –2 aku mengusahakannya. Kali pertama dulu tak banyak, dalam 2 ekar sahaja. InsyaAllah , kali ini dalam 6 ekar pula.
Kalau ikutkan semangat menulis, banyak yang ingin diperkatakan di blog ini. Banyak “tesit” yang masih tersimpan di dalam kepala hotak aku ni yang masih belum keluar. Ia merangkumi segala aspek kehidupan, cuma masa belum sesuai agaknya. InsyaAllah pada satu hari nanti, semua itu akan tertulis juga di blog ini. Wassalam.

pisangkubeng  bukitkubeng

Wednesday, December 8, 2010

Berbudi Kepada Tanah

Salam Sejahtera.
Jika berbudi kepada tanah, InsyaAllah akan dapat hasilnya. Andai dilengkapi dengan ilmu yang betul, maka berlipat lagi lah hasil yang diperolehi. Saya pada asalnya sangat berminat dengan tanaman kelapa sawit. Kenapa? Tanaman komoditi ini bagi saya lebih menguntungkan daripada tanaman kontan yang lain seperti getah. Saya  tidak menidakkan akan peranan tanaman getah dan sumbangannya kepada diri, keluarga dan negara. Sedari umur 6 tahun, saya telah mengenali pokok getah. Sehingga lah saya tamat diploma yang pertama, saya masih setia dengan pokok getah. Saya pernah merasai zaman di mana harga getah cuma RM 1.20 sahaja satu kilogram. Itupun getah keping, getah buku cuma 45 hingga 55 sen sahaja pada tahun-tahun 80 an dan 90an.  Jadi pengalaman lebih 20 tahun dengan getah membuatkan saya berminat untuk beralih arah kepada kelapa sawit.
Minat untuk mengusahakan kelapa sawit terbit sedari lepas tamat diploma pertama  lagi. Namun, apakan daya, keterbatasan ilmu dan sumber kewangan membantutkan impian yang telah wujud sekian lama. Pada masa itu pada tahun 1998. Alhamdulillah sepuluh tahun kemudian, saya telah mengambil langkah pertama ke arah menghijaukan lagi bumi ini dengan memilih untuk menyambung pengajian di bidang pertanian secara sambilan di salah sebuah universiti. Bidang utamanya ialah pengurusan ladang pengkhususan kepada kelapa sawit. Dan pada tahun 2010, saya telah mengorak langkah dengan mempraktikan apa yang telah dipelajari itu di kebun milik keluarga. Terdapat rasa kepuasan kerana mendapat apa yang diimpikan selama ini. Tingggal lagi penjagaan yang sempurna supaya hasil yang diperolehi berbaloi dengan modal yang telah dikeluarkan. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan memberikan perbandingan di antara tanaman getah dan swit daripada semua segi. Sehingga itu, selamat membaca dan jumpa lagi.
mkg1 (41)
mkg1 (44)
mkg1 (46)

Monday, December 6, 2010

Salam Kesinambungan




Salam Sejahtera

Lama benar teman tidak mengemaskini blog ni, al-maklum.. sentiasa sibuk..alasan yang sentiasa releven! (untuk aku sahaja). Alhamdulillah.. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah Taala kerana dalam tempoh diam menyepi (yang sangat lama) tanpa sebarang berita ini sebenarnya ada projek "baaaeeeeeeeeeek" punya.Iya lah sudah belajar sesuatu ilmu, wajarlah dipraktikkan supaya mendapat manfaatnya. Sebenarnya setahun yang lalu, pada November 2009, teman telah berjaya menamatkan pengajian diploma dalam bidang pertanian, pengkhususan kepada kelapa sawit. La ni duk sambung lagi dalam bidang bisnes pulak.

Selepas tamat pengajian, teman terus plan untuk merealisasikan apa yang teman telah belajar di unibersiti. Syukur pada Allah Taala pada sebulan dua yang lepas, teman telah berjaya mengusahakan 6 ekar tanah dengan tanaman sawit. Pelbagai cabaran, dugaan dan ujian yang ditempuhi sepanjang mengusahakan projek tersebut sehingga kepada peringkat menanam.

Dengan kekuatan dan kemudahan yang diberikan oleh Allah Taala, Alhamdulillah, sekarang projek ini memasuki fasa kedua, dimana penjagaan rapi sehingga ke tempoh membuahkan hasil.

Di samping kelapa sawit, teman juga memberikan tumpuan khusus kepada tanaman pisang. Termasuk semua jenis pisang. Bagi sesiapa yang mempunyai benih pisang yang agak luar biasa, mohon hubungi teman sebab teman memang suka mengumpul spesis pisang yang terdapat di Malaysia ini khususnya dan dunia amnya (kalau ada ler).

Rasanya ini adalah masa yang tepat untuk teman memunculkan diri semula sesuai dengan semangat hijrah yang berkobar kobar ini. Semoga coretan teman di blog ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang berminat.

Salam Maal Hijrah 1432..Semoga diberkati umur, dipermudah dan diberkati rezeki serta mendapat keredhaan Allah Taala. Amin.