Syukur pada Allah s.w.t. kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati keberkatan Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah, kebun pun sudah menampakkan tanda-tanda untuk mengeluarkan hasil. Walaupun baru berusia 11 bulan pada hari raya ini,(daripada masa penanaman), terdapat beberapa pokok yang mengeluarkan bunga dan berbuah. Perkara ini disedari pada bulan Julai yang lalu. Awal bulan ini menunjukkan makin banyak pokok yang galak mengeluarkan bunga. Ada yang lebih daripada satu tandan dan ada yang telah menjadi buah. Nampaknya tidak sia - sia lah mendapatkan diploma dengan menghabiskan ribuan ringgit serta menanam semangat yang tinggi untuk menjayakan kebun ini. Jika dilihat kepada keadaan ini, tidak mustahil tidak sampai setahun lagi hasil yang pertama akan dapat dituai. Sebelum itu, buah yang keluar tadi perlu lah dibuang terlebih dahulu (ablation) untuk menggalakan lebih banyak dan lebih besar buah yang keluar. Betul lah kata bidalan berbudi pada tanah, anda akan dapat hasilnya! - 2Be sambung
Pertanian Juga Satu Ibadah
Didalam mengejar pembangunan dan kemajuan, bidang pertanian jangan lah terus dilupakan kerana ia merupakan sumber utama makanan negara. Kelemahan kita (empunya diri) adalah kerana malas, tidak berilmu dan terlalu cepat putus asa. Dengan harapan untuk memartabatkan lagi bidang ini, perkongsian yang bijak mengenai ilmu dan pengalaman serta sumber dalam bidang pertanian amat dialu-alukan supaya masyarakat pertanian menjadi lebih berilmu dan mendapat hasil yang lebih baik
Showing posts with label kelapa sawit. Show all posts
Showing posts with label kelapa sawit. Show all posts
Monday, August 15, 2011
Wednesday, December 8, 2010
Berbudi Kepada Tanah
Salam Sejahtera.
Jika berbudi kepada tanah, InsyaAllah akan dapat hasilnya. Andai dilengkapi dengan ilmu yang betul, maka berlipat lagi lah hasil yang diperolehi. Saya pada asalnya sangat berminat dengan tanaman kelapa sawit. Kenapa? Tanaman komoditi ini bagi saya lebih menguntungkan daripada tanaman kontan yang lain seperti getah. Saya tidak menidakkan akan peranan tanaman getah dan sumbangannya kepada diri, keluarga dan negara. Sedari umur 6 tahun, saya telah mengenali pokok getah. Sehingga lah saya tamat diploma yang pertama, saya masih setia dengan pokok getah. Saya pernah merasai zaman di mana harga getah cuma RM 1.20 sahaja satu kilogram. Itupun getah keping, getah buku cuma 45 hingga 55 sen sahaja pada tahun-tahun 80 an dan 90an. Jadi pengalaman lebih 20 tahun dengan getah membuatkan saya berminat untuk beralih arah kepada kelapa sawit.

Minat untuk mengusahakan kelapa sawit terbit sedari lepas tamat diploma pertama lagi. Namun, apakan daya, keterbatasan ilmu dan sumber kewangan membantutkan impian yang telah wujud sekian lama. Pada masa itu pada tahun 1998. Alhamdulillah sepuluh tahun kemudian, saya telah mengambil langkah pertama ke arah menghijaukan lagi bumi ini dengan memilih untuk menyambung pengajian di bidang pertanian secara sambilan di salah sebuah universiti. Bidang utamanya ialah pengurusan ladang pengkhususan kepada kelapa sawit. Dan pada tahun 2010, saya telah mengorak langkah dengan mempraktikan apa yang telah dipelajari itu di kebun milik keluarga. Terdapat rasa kepuasan kerana mendapat apa yang diimpikan selama ini. Tingggal lagi penjagaan yang sempurna supaya hasil yang diperolehi berbaloi dengan modal yang telah dikeluarkan. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan memberikan perbandingan di antara tanaman getah dan swit daripada semua segi. Sehingga itu, selamat membaca dan jumpa lagi.
Labels:
hobi,
kelapa sawit,
minat,
pisangmalaysia,
tanah
Subscribe to:
Posts (Atom)