Pertanian Juga Satu Ibadah

Didalam mengejar pembangunan dan kemajuan, bidang pertanian jangan lah terus dilupakan kerana ia merupakan sumber utama makanan negara. Kelemahan kita (empunya diri) adalah kerana malas, tidak berilmu dan terlalu cepat putus asa. Dengan harapan untuk memartabatkan lagi bidang ini, perkongsian yang bijak mengenai ilmu dan pengalaman serta sumber dalam bidang pertanian amat dialu-alukan supaya masyarakat pertanian menjadi lebih berilmu dan mendapat hasil yang lebih baik
Showing posts with label pisang. Show all posts
Showing posts with label pisang. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Puasa : Bulan Yang Penuh Keberkatan

Syukur pada Allah s.w.t. kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati keberkatan Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah, kebun pun sudah menampakkan tanda-tanda untuk mengeluarkan hasil. Walaupun baru berusia 11 bulan pada hari raya ini,(daripada masa penanaman), terdapat beberapa pokok yang mengeluarkan bunga dan berbuah. Perkara ini disedari pada bulan Julai yang lalu. Awal  bulan ini menunjukkan makin banyak pokok yang galak mengeluarkan bunga. Ada yang lebih daripada satu tandan dan ada yang telah menjadi buah. Nampaknya tidak sia - sia lah mendapatkan diploma dengan menghabiskan ribuan ringgit serta menanam semangat yang tinggi untuk menjayakan kebun ini. Jika dilihat kepada keadaan ini, tidak mustahil tidak sampai setahun lagi hasil yang pertama akan dapat dituai. Sebelum itu, buah yang keluar tadi perlu lah dibuang terlebih dahulu (ablation) untuk menggalakan lebih banyak dan lebih besar buah yang keluar. Betul lah kata bidalan berbudi pada tanah, anda akan dapat hasilnya!  - 2Be sambung

Monday, December 6, 2010

Salam Kesinambungan




Salam Sejahtera

Lama benar teman tidak mengemaskini blog ni, al-maklum.. sentiasa sibuk..alasan yang sentiasa releven! (untuk aku sahaja). Alhamdulillah.. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah Taala kerana dalam tempoh diam menyepi (yang sangat lama) tanpa sebarang berita ini sebenarnya ada projek "baaaeeeeeeeeeek" punya.Iya lah sudah belajar sesuatu ilmu, wajarlah dipraktikkan supaya mendapat manfaatnya. Sebenarnya setahun yang lalu, pada November 2009, teman telah berjaya menamatkan pengajian diploma dalam bidang pertanian, pengkhususan kepada kelapa sawit. La ni duk sambung lagi dalam bidang bisnes pulak.

Selepas tamat pengajian, teman terus plan untuk merealisasikan apa yang teman telah belajar di unibersiti. Syukur pada Allah Taala pada sebulan dua yang lepas, teman telah berjaya mengusahakan 6 ekar tanah dengan tanaman sawit. Pelbagai cabaran, dugaan dan ujian yang ditempuhi sepanjang mengusahakan projek tersebut sehingga kepada peringkat menanam.

Dengan kekuatan dan kemudahan yang diberikan oleh Allah Taala, Alhamdulillah, sekarang projek ini memasuki fasa kedua, dimana penjagaan rapi sehingga ke tempoh membuahkan hasil.

Di samping kelapa sawit, teman juga memberikan tumpuan khusus kepada tanaman pisang. Termasuk semua jenis pisang. Bagi sesiapa yang mempunyai benih pisang yang agak luar biasa, mohon hubungi teman sebab teman memang suka mengumpul spesis pisang yang terdapat di Malaysia ini khususnya dan dunia amnya (kalau ada ler).

Rasanya ini adalah masa yang tepat untuk teman memunculkan diri semula sesuai dengan semangat hijrah yang berkobar kobar ini. Semoga coretan teman di blog ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang berminat.

Salam Maal Hijrah 1432..Semoga diberkati umur, dipermudah dan diberkati rezeki serta mendapat keredhaan Allah Taala. Amin.